Saturday, April 24, 2010

Alahai......Sekolah Ganti.....

Hari ni sekolah ganti dijalankan bagi seluruh Malaysia bagi menggantikan cuti hari raya aidil fitri yang akan datang....Kebetulan pulak...hari jugak sekolah agama pun ada program..Alami Islami...kalau tak silaplah tajuknya tu...Bila dah ramai yang terlibat dengan program tu,...dah tentu kehadiran murid ke sekolah hari ni amat rendah....murid kelas aku yang datang hari ni pun hanya 12 orang je....tapi p&p tetap dijalankan.... Suasana sekolah hari ni pulak senyap berbanding hari-hari biasa...dan balik pun lebih awal sebab kelas tambahan takde....
Anak perempuan aku sibuk nak pergi sekolah ganti...sebelum tu, aku ada gak usik..."Kak, tak payahlah pergi sekolah hari ni..." dengan cepat anak aku jawab,.."Bu, mana boleh ponteng,...cikgu cakap mesti datang hari ni...."dalam hati , aku bersyukur pada -Nya sebab anak aku nak gak pergi sekolah walaupun ramai kawannya tak datang..mudah-mudahan sampai bila-bila sikap nak pergi sekolah dan belajar ada dalam dirinya...AMIN......

No comments:

Post a Comment