Friday, April 23, 2010

Alahai...anak muridku....

Minggu lepas, sukan tahunan telah berlangsung dengan meriahnya....Walaupun hanya dijalankan di padang sekolah menengah..sebab padang sekolah sendiri tak sesuai lagi dijalankan. Padang semakin kecil, akibat pembinaan kelas segera...Semua guru memberikan komitmen yang baik dan 100% hebat..Apa taknya..kelihatan masing-masing berlumba-lumba membuat persiapan akhir menghias rumah sukan .Itulah guru...walaupun sibuk dengan bermacam perkara...tak sedikit pun lepas tangan menyiapkan tugasan yang diberi. Aku pun tak terkecuali...kebetulan pulak jadual exam aku pun dalam tempoh minggu yang sama dengan sukan sekolah..apa lagi...rasa macam nak photostate je diri ni.mana nak study.., nak kejar buat jualan BAKEB (badan kebajikan guru), buat ulang kaji dengan setiap kelas...& terlibat dengan sukan sebagai pengadil ....sedangkan hari tu ada kelas ....kenalah pandai-pandai uruskan supaya anak-anak murid aku tak tertinggal pelajaran....Hai...naik pening dibuatnya....mana taknya...selepas hari sukan..murid-murid ni akan menghadapi ujian yang disediakan oleh pihak PPD...itu yang buat aku risau...selalu aku ingatkan agar murid-muridku buat ulang kaji.....dan bertanya sekiranya tak faham....jangan malu untuk bertanya...memang itulah prinsip aku...bila mengajar...aku akan selalu katakan pada mereka..JANGAN MALU NAK TANYA KALAU TAK FAHAM....nampaknya...dah ada kesan. sebab dah ada yang tanya kalau tak faham...cuma ada juga segelintir murid yang masih MALU untuk bertanya....inilah yang jadi masalah...bila nak selesai...HANYA BILA MURID TELAH ADA KESEDARAN...akan aku pohon doa pada Yang Maha Kuasa agar mereka berubah....

No comments:

Post a Comment