Monday, April 26, 2010

Alahai Sungai Congkak.....

Hujung minggu lalu, aku, suami dan anak-anak berhujung minggu di Sungai Congkak. Perjalanan ke sana hanya lebih kurang 45 minit ~55 minit sahaja. Anak-anak aku suka dan tak sabar-sabar untuk mandi sungai. Sampai je kat sana, memang ramai pengunjung. Tempat untuk berkelah yang biasanya aku "lepak" dah penuh. Nak tak nak kenalah cari tempat yang lain. Budak-budak tu tak sabar-sabar nak mandi sungai....Apa yang boleh aku katakan tentang Sungai Congkak ni adalah dah semakin cetek....tak macam dulu~ 7/ 8 tahun lepas...tapi budak-budak tu seronok sangat main air...Pelampung yang dibawa pun jadi kurang fungsinya sebab air dah cetek...
Macam-macam gelagat anak-anak aku masa bermain air...seronok betul sampai tak nak naik ke atas untuk rehat atau minum...Cuma yang aku kesalkan, ada pengunjung yang tak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai...Anak aku tertanya-tanya pada aku dan suami kenapa ada botol dan plastik sampah di sungai??? Kata anak aku lagi, " Bukankah sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah? Mana boleh buang ke dalam sungai, nanti sungai dah kotor macam mana adik nak mandi"soal anakku dengan penuh rasa marah. Kebetulannya, anak aku ada melihat sikap pengunjung yang membuang sampah;botol air mineral ketika itu ke dalam sungai...terus anak aku marah dan kata,"Susah sangat ke nak buang sampah kat dalam tong sampah? Kita boleh buat, kenapa dia orang tak boleh buat? Aku pun beritahu anak-anak aku, "Kakak, adik...kita jangan ikut perangai macam tu, buat macam ibu ayah suruh...jaga kebersihan dan ingat tak rugi pun kalau kita jaga kebersihan, sebab kebersihan tu lambang kebersihan hati kita...."
Aku kesal dengan sikap sesetengah pengunjung yang suka membuang sampah sarap di kawasan sungai .Susah sangat agaknya untuk mengutip dan membuang sampah yang dihasilkannya..Itulah sikap yang patut dihindari dan sepatutnya menjaga alam sekitar dijadikan amalan supaya alam sekitar kita sentiasa bersih dan dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang..Semoga kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar akan timbul dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.... .AMIN.......

No comments:

Post a Comment